Shipping Option
Self Pick-up Location
Store Coverage Show All Hide List
East Malaysia
Sabah
Sarawak
W.P Labuan
West Malaysia
Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Perak
Perlis
Pulau Pinang
Selangor
Terengganu
W.P Kuala Lumpur
W.P Putrajaya
Ratu Masak
KOI3 GLOBAL SDN. BHD.
More Information
【Adami Pes Laksa Johor】
- 100% Produk HALAL
- Tanpa Pengawet dan Pewarna
- Pes Segera
- Berat : 150g
- Hidangan untuk: 5 orang
Bahan-bahan:
1)1 bungkus Pes Laksa Johor ADAMI (150g).
2)1.5 liter air, 200ml santan(1 biji kelapa) dan 3 keping bebola ikan (potong keping).
3)2 biji telur goreng nipis dan dihiris.
4)200g taugeh dicelur dan 300g bihun atau 800g mee kuning direbus sampai masak.
5)Sambal (sediakan sambal udang atau sambal kerang untuk 5 orang).
Cara Penyediaan:
1)Masukan air dan Pes Laksa Johor ADAMI dalam periuk, kacau sampai ramuannya sebati dan masak selama 20 minit.
2)Masukan bebola ikan dan santan. Masak sehingga ramuannya mendidih.
3)Hidangkan semasa panas dengan taugeh, bihun atau mee kuning, telur dan sambal udang atau sambal kerang.
4)Hidangan untuk 5 orang.
Ramuan:
Minyak sawit, cili, ketumbar biji, jintan manis, jintan putih, kayu manis, bunga lawang, cengkeh, buah pelaga, lengkuas, udang kering, bawang, halia, garam, gula, perisa.
-------------------------------------------------------------------------
【Adami Pes Mee Udang】
- 100% Produk HALAL
- Tanpa Pengawet dan Pewarna
- Pes Segera
- Berat : 200g
- Hidangan untuk 6 orang
Bahan-bahan:
1) 1 bungkus Pes Mee Udang ADAMI (200g).
2) 600g mee kuning.
3) 6 biji taufu goreng.
4) 3 biji telur rebus (dibelah 2).
5) 12 ekor udang (dibuang kulit).
6) 80g taugeh, daun bawang dan bawang goreng.
7) 1.5 liter air.
Cara Penyediaan:
1) Masukkan air dan Pes Mee Udang ADAMI (200g) ke dalam periuk dan kacau sehingga sebati.
2) Masukkan udang dan tauhu goreng dan masak sehingga mendidih.
3) Masukkan mee kuning dan masak selama 2 minit lagi.
4) Siap dan hidangkan semasa panas, daun bawang dan bawang goreng ditabur di atas hidangan. Cukup dimakan oleh 6 orang.
*Hidangan Mee Udang ADAMI boleh ditambah dengan limau kasturi dan sos tomato.
Ramuan:
Minyak sayuran, ramuan rempah, cili, udang kering, garam, gula dan perisa.
-------------------------------------------------------------------------
【Adami Pes Mee Kari】
- 100% Produk HALAL
- Tanpa Pengawet dan Pewarna
- Pes Segera
- Berat : 150g
- Hidangan untuk: 6 orang
Bahan-bahan:
1) 1 bungkus ADAMI PES MEE KARI (150g).
2) 600g mee kuning.
3) 1.5 liter air.
4) 6 biji taufu goreng.
5) 3 biji telur rebus.
6) Kacang panjang dipotong.
7) 12 biji bebola ikan/udang/kerang.
8) Daun bawang.
Cara Penyediaan:
1) Masukkan air dan ADAMI PES MEE KARI (150g) ke dalam periuk dan kacau sehingga sebati.
2) Masukkan taufu goreng, bebola ikan, kacang panjang, udang atau kerang dan masak sehingga mendidih.
3) Masukkan mee kuning dan masak selama 2 minit.
4) Hidang dengan daun bawang.
5) Hidangan untuk 6 orang.
**Telur rebus belah dua dan daging ayam boleh ditambah.**
Ramuan:
Minyak kelapa sawit, gula, udang kering, rempah-rempah, lada, lada hitam, bawang-bawang, kanji, garam & perisa
FROM THE SAME STORE
YOU MAY ALSO LIKE